CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

misszmylea on Lyst

8 rahsia mengenai wanita dan perhubungan

Kajiselidik ini telah dilakukana oleh Askmen.com terhadap 13,000 orang wanita dan keputusannya akan dinyatakan sebentar lagi. Wanita sememangnya merupakan makhluk paling kompleks yang sukar untuk difahami. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran, anda pasti akan berjaya untuk memahami mereka. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, fakta mengenai wanita dan perhubungan adalah..
(1) Keluar bersama (dating)- 33% orang wanita mengharapkan lelaki membayar untuk kesemua kos apabila mereka meluangkan masa bersama. Tetapi peratus wanita yang lebih memahami adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 38% menyatakan bahawa mereka berasa lebih adil sekiranya ia dikongsi samarata iaitu 50-50.
(2) Facebook- 38% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya teman lelaki/suami mereka berkawan dengan bekas kekasih di facebook, 27% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah walaupun teman lelaki/suami mereka bertemu dengan bekas kekasih, dan 34% menyatakan mereka tidak suka walaupun sedikit perhubungan.
(3) Cinta jarak jauh- 31% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah untuk perhubungan jarak jauh. Tetapi 56% orang wanita pula menyatakan bahawa mereka tidak sukakan perhubungan jarak jauh dan lebih suka untuk meluangkan masa bersama pasangan.
(4) Pendapatan- 12% wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya pendapatan lelaki adalah lebih sedikit, tetapi 47% wanita menyatakan mereka tidak sukakan situasi ini. Mereka lebih selesa untuk memilih lelaki yang setanding atau mempunyai lebih banyak wang dari mereka.
(5) Masalah mengenai lelaki- 11% orang wanita menyatakan bahawa mereka terpaksa menghadapi masalah lelaki yang pemalas dan tidak bercita-cita tinggi.
(6) Kecurangan- 44% wanita menyatakan bahawa mereka akan memberi peluang kepada pasangan yang telah melakukan kecurangan dibelakang mereka, dan 17% pula menyatakan bahawa mereka tidak akan memberi peluang sekali lagi.
(7) Anak- 63% wanita mengambil berat mengenai jumlah anak, kebanyakan lebih selesa untuk memiliki kurang daripada 5 orang, manakala 21% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah dengan jumlah anak.
(8) Seksualiti- 18% menyatakan bahawa mereka telah menyembunyikan ketidakpuasan seks terhadap suami mereka, tetapi 63% menyatakan bahawa mereka suka berbincang mengenai kepuasan seks bersama suami.

No comments:

Post a Comment