Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru- Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperi oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.Tangkap gambar makanan yang anda ambil- Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.
Ikat seutas benang pada bahagian perut- Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.
No comments:
Post a Comment