CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

misszmylea on Lyst

TEKANAN EMOSI REMAJA ISLAM

ASALAMUALAIKUM..


POST nie nk share untuk semua,xkisah la agama ka,adat,keturunan,jantina ka berbeZa..
story nie sinonim kpada remaja zaman sekarang ALAF21 nie..
moga2 dapat mnfaat dari ilmu nie..
jgan tertido pulak tym mmbacanya (~_-)!!
Ini menceritakan tentang emosi iaitu tekanan y dihadapi oleh remaja islam masa sekarang.. untuk siapa y dok tension2 kt luar cNa tue,ley la bca n ambek iktibar ea :)



ISLAMIYYAT 27(1) (2005): 3 - 24


Tekanan Emosi Remaja Islam
@FARIZA MD. SHAM


ABSTRAK


Masyarakat yang tertekan emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif,
mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan, penyakit
mental dan membunuh diri. Pendekatan dakwah Islamiah adalah salah satu
bentuk sokongan yang boleh membantu menangani masalah tekanan emosi
remaja. Kajian ini dilakukan ke atas remaja di Kajang Selangor Darul Ehsan
adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau
pun tidak berdasar kepada simptom-simptom tekanan yang meliputi aspek
psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial. Selain daripada itu, kajian ini turut
mengkaji faktor-faktor utama tekanan dan cara-cara remaja menangani tekanan
sama ada cara positif atau negatif. Untuk mencapai tujuan ini, analisis telah
dilakukan ke atas 403 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki
dan perempuan yang berumur 16-17 tahun. Data yang diperlukan dikumpulkan
melalui soal selidik dan temubual berstruktur. Analisis data menggunakan
kaedah statistik deskriptif yang dijelaskan dalam bentuk jadual dan gambarajah
dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa remaja memang ada mengalami tekanan emosi yang
majoriti remaja menunjukkan simptom dari aspek psikologi. Hasil kajian ini
turut mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan tekanan 
ialah faktor keluarga dan faktor persekitaran. Manakala dari aspek menangani tekanan
pula, kebanyakan remaja menggunakan cara yang positif









TEKANAN DIDEFINISIKAN


Definisi ini selari dengan huraian Morstt & Furst (1979: 7) tentang tekanan.
Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi
oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak
selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh
badan.
Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981: 121) pula, memberikan
definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan
untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk
mengendali suatu situasi.
Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman
Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung
melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti
gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hati
manusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkan
dengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisahkisah dalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepada
masyarakat. Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwah
Islamiah telah menerima tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwaperistiwa tertentu yang berlaku terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaan
ini ada diceritakan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Maidah, 6: 27-30,
Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19: 5 dan 20 dan surah Yusuf, 12: 86.
Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar
yang banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindak
balas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau
permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi daripada
kemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan. Pendapat ini selari
dengan pandangan yang diberikan oleh Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah
(2002: 209) yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balas
seseorang terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta
memerlukan penyesuaian sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran.

Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam
mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296)
yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui
keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut
akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya
sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.
Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang
(Muhammad Uthman Najati 1993: 73). Oleh itu, tekanan emosi ditakrifkan
sebagai keadaan seseorang dalam keadaan tertekan emosinya akibat daripadaperistiwa, pengalaman atau bebanan tugas yang di luar kemampuan mereka.
Oleh itu, fenomena tekanan merupakan sebahagian daripada reaksi emosi.
Menurut Richard S. Lazarus (1993: 23), emosi dijuruskan kepada satu set emosi
positif seperti kasih sayang, cinta, kegembiraan dan ketenangan dan juga satu
set negatif seperti marah, cemburu, takut, keluh kesah, sedih, dengki dan benci.
Manakala tekanan emosi pula, menurut beliau berpusat kepada emosi yang
negatif.
Dalam konteks dakwah Islamiah pula, tekanan emosi merupakan suatu
keadaan jiwa manusia yang berada dalam keadaan tidak tenang seperti resah
gelisah, kecewa, sedih, berdukacita, menurut hawa nafsu dan melanggar perintah
Allah. Ahli psikologi Islam seperti Imam al-Ghazali, Muhammad Uthman Najati
dan Muhammad Izzudin Taufik berpandangan, emosi yang tidak tenang ini
adalah kerana manusia tidak mendekatkan atau menghubungkan diri dengan
Allah. Sebaliknya mereka banyak menurut hawa nafsu. Oleh itu, emosi yang
tertekan ini perlu diubati dengan seruan dakwah Islamiah dengan menggunakan
uslub atau pendekatan yang sesuai.











TANDA TEKANAN EMOSI


Mengenai tanda-tanda atau simptom tekanan pula, pernah dikaji oleh beberapa
pengkaji seperti Muhammad Shah Burhan (1993), Kasmini Kassim (1992),
Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998), Ainsah Omar (2001) dan Muhd Mansur
Abdullah (1992). Tanda-tanda atau simptom tekanan boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi dan tingkah laku.
Dalam konteks dakwah Islamiah pula, pengkajian tentang tanda-tanda
tekanan emosi boleh dikaji dalam al-Quran yang mengisahkan tentang kisahkisah Nabi dan umat terdahulu. Misalnya, kisah yang diceritakan dalam surah
Yusuf, 12 dan surah Maryam, 19 banyak memaparkan persoalan psikologi
manusia termasuk hal yang berkaitan dengan tekanan. Selain daripada al-Quran,
buku-buku sirah Rasul yang banyak menulis tentang sejarah dan peristiwaperistiwa yang dilalui dalam penyebaran Islam, boleh juga dilihat dari aspek
psikologi.
Tindak balas fisiologi terhadap tekanan ialah menimbulkan simptomsimptom kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol dan
gastrousus seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya dan ulser perut.
Rangsangan emosi akibat tekanan boleh menyebabkan pembebasan hormon
katekolamin dan asid urik (Fatimahwati Halim 2002: 312).
Orang yang mengalami tekanan emosi sering menghadapi masalah dari
segi kesihatan. Mereka akan mengalami sakit kepala, lenguh-lenguh badan,
letih dan sesak nafas. Kajian yang dibuat oleh Muhammad Shah bin Burhan
(1993: 57) mengenai tanda-tanda remaja mengalami tekanan dari sudut fisiologi
ialah remaja yang sering mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut, sakit
kepala dan bisa-bisa seluruh badan. Tanda-tanda fizikal yang lain menurut kajian
ini ialah kaki dan tangan kerap berpeluh, cepat berasa letih dan tidak bermaya,
tidak nyenyak tidur, berat badan yang menyusut atau berat badan naik mendadak,
berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar.
Tanda-tanda tekanan seperti ini pernah dialami oleh Rasulullah (s.a.w) iaitu,
ketika menerima wahyu yang pertama di dalam Gua Hira’. Dipaparkan bahawa
keadaan Nabi Muhammad (s.a.w) ketika itu dalam keadaan tertekan kerana
ketakutan yang amat sangat sehingga seluruh badannya gementar dan menggigil,jantungnya berdenyut dan hatinya berdebar-debar. Tubuhnya menggigil seperti
orang demam. (Muhammad Hussain Haekal 1989: 80).
Hasil kajian di atas menyamai tanda-tanda yang dikemukakan oleh Kasmini
Kassim (1992: 31) dalam bukunya Psikiatri Kanak-Kanak, iaitu, rasa loya, sakit
perut, cirit-birit, muntah, pening kepala, mulut rasa kering, degupan jantung
semakin cepat, tapak tangan seram sejuk, berpeluh, kerap kencing dan rasa
hendak pitam.
Tindak balas psikologi pula terhadap tekanan ialah perubahan-perubahan
emosi yang berlaku seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, merasa
kecewa dan berputus asa dan murung. Menurut Kasmini Kassim (1992: 42), antara
tanda-tanda psikologi akibat tekanan emosi ialah tidak boleh menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul, mudah cemas,
merasa diri terdedah kepada bahaya dan ancaman, cepat marah dan mengalami
kemurungan. Manakala menurut Hamdan Mohd Ali (2002: 30), tanda-tanda
psikologi terhadap tekanan ialah kemurungan dan tidak boleh bertenang .
Manakala menurut Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998: 389 & 396), antara
tanda-tanda psikologi ialah fanatik, ketegangan, cepat marah kerana perkaraperkara yang remeh temeh, ketakutan yang berlebihan, melarikan diri, lupa
dan sukar memberi tumpuan.
Di dalam al-Quran turut memaparkan kisah manusia yang mengalami
tekanan dan menggambarkan bagaimana tindak balas tekanan dari aspek
psikologi. Di antaranya ialah kisah Nabi Yaakub yang kehilangan anaknya Yusuf
(surah Yusuf, 12), kisah Maryam ibu Nabi Isa yang dicemuh oleh masyarakatnya
kerana hamil tanpa melalui proses perkahwinan (lihat Surah Maryam, 19), kisah
ibu Nabi Musa yang terpaksa menghanyutkan bayi lelakinya ke dalam sungai
bagi mengelakkan dibunuh oleh Firaun (Surah al-Qasas).
Tanda-tanda psikologi yang pernah dialami oleh Nabi Yaakob, ialah ketika
beliau kehilangan Yusuf anak yang disayanginya. Nabi Yaakob ketika itu hidup
dalam keadaan bersedih hati dan murung sehingga badannya menjadi lemah
dan tidak bermaya. Keadaan ini telah dipaparkan dalam al-Quran dalam surah
Yusuf, 12: 84.
Selain daripada itu, simptom tekanan juga boleh dilihat dari aspek tingkah
laku. Antara kategori tingkah laku akibat daripada tekanan emosi ialah peranan
pelajar seperti prestasi dalam pelajaran merosot, penggunaan dadah dan rokok,
ponteng sekolah, kurang berdisiplin, vandalisme, samseng, terlibat gejala sosial
dan lari dari rumah.

Menurut Pakar Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
Ainsah Omar (2001: 2), antara tanda-tanda tekanan dari aspek tingkah laku
ialah penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras, menghisap rokok dan
bermasalah dalam perhubungan sosial.
Kenyataan ini selaras dengan hasil kajian yang dibuat oleh Shaun Dugan,
Barbara Llyod dan Kelvin Lucas (1999: 870), di sekolah-sekolah menengah di
Selatan Sussex, mendapati bahwa remaja yang mengalami tekanan emosi akanmenunjukkan tingkah laku merokok bagi tujuan meredakan tekanan. Begitu
juga dengan kajian yang dibuat Jacques dan Diana (1990: 217) ke atas 622
remaja yang tinggal di Ladang Midwestern telah mendapati bahawa tanda-tanda
remaja mengalami tekanan ialah kemurungan, personaliti delinkuen dan
penyalahgunaan dadah.
Sebagai kesimpulannya, remaja yang mengalami tekanan emosi boleh
dikenali melalui simptom-simptom tekanan yang dialami oleh mereka sama
ada simptom fisiologi, psikologi atau tingkah laku. Simptom-simptom tekanan
yang dialami tidak semestinya ditunjukkan oleh seseorang remaja itu dalam
ketiga-tiga kategori serentak. Mungkin simptom yang dialami oleh remaja
berbeza dengan remaja yang lain. Kemungkinan juga individu itu hanya
mengalami satu kategori simptom sahaja. Ini semua bergantung kepada tahap
tekanan yang dialami dan juga sejauhmana remaja berjaya menangani tekanan yang dialami.








Rabun jauh(Myopic) -glaSSes vS contact LeNsS

SALAM semua..(^_^)
kali nie kite nk cerite kn psal kehidupan kite jugak,
sememangnya agak terkejutkn,
sbb xsangka y mata kita dh ada POWER y tinggi,
untuk RABUN JAUH(MYopic)...
soo..b4 mata anda sihat sejahtera,
jagalah mata baek2 oke,
jgan nyesal di kemudian hari,
hahahha..buat teruk lak kn,haha..

apa pendapat korang psal pkai glasses or C.L??
sbb rabun jauhnie,
doktor slalu sarankn untuk gna contax lens dlu kn,
bcuz power xkuat lagi,
rasa cm xsedia lagi nk memakai glasses!!!
 ape2 uwn,kita nk share kn psal2 rabun jauh nie,
juga penjagaan mata,
n cara nk mencegah masalah Rabun jauh nie(^,~)





RABUN JAUH N PENYELESAiANNYA



Myopia berasal dari bahasa Yunani yang artinya “Pandangan Dekat” (“nearsightedness”). Ini karena kerusakan mata yang menghasilkan fokus pandangan di depan retina.
Penderita Myopia bisa melihat benda dari jarak dekat dengan jelas. Namun pada jarak jauh benda tampak kabur sehingga membuat kepala menjadi pusing. Jika anak anda merasa pusing ketika melihat tulisan di papan tulis di ruangan kelasnya dan pandangannya kabur, kemungkinan dia menderita Myopia.


Para profesional perawatan mata, umumnya mengatasi masalah Myopia dengan penggunaan lensa (corrective lenses) seperti kacamata atau lensa kontak (contact lenses). Bisa juga diatasi dengan operasi refraktif seperti LASIK. Lensa koreksi memiliki ukuran kekuatan (power) negatif atau bisa disebut lensa minus untuk mengatasi mata myopia.


Myopia terbagi dalam 3 tingkatan:
*Myopia Rendah dengan dioptre mendekati 0 – -3.00
*Myopia Sedang dengan dioptre -3.00 – -6.00
*Myopia Tinggi dengan Dioptre -6 hingga ke bawah (-10).

Diperkirakan penderita Myopia antara 800 juta hingga 2,3 milyar (ini karena jarang ada yang merasa menderita Myopia). Di negara-negara seperti Cina, India, dan Malaysia, 41% dari orang dewasa menderita Myopia hingga -1.00.
Terlampau sering membaca, apalagi dengan jarak yang terlalu dekat hingga cahaya yang terlalu gelap dapat menyebabkan anak menderita myopia. Begitu pula berbagai pekerjaan yang mengharuskan melihat benda dari jarak dekat seperti menjahit. Sebaliknya bermain atau olah raga di luar selama 2-3 jam dengan paparan sinar matahari (idealnya pagi) bisa mengurangi kemungkinan penyakit Myopia.



Para peneliti Australia menyimpulkan bahwa paparan pada sinar matahari bermanfaat untuk membatasi pertumbuhan bola mata yang bisa menyebabkan Myopia atau Rabun Jauh. Mereka membandingkan anak-anak dari negara maju seperti Australia dan Singapura. Anak-anak Singapura yang rata-rata hanya menghabiskan waktu 30 menit di luar rumah ternyata 90% mengidap Myopia sehingga harus memakai kacamata baik secara permanen atau pun temporer. Sementara anak-anak Australia yang menghabiskan waktu 2-3 jam untuk bermain di luar rumah hanya 20% yang menderita Myopia. Paparan sinar matahari di luar rumah bisa menambah dopamine pada mata yang dapat mencegah Myopia.



Jadi pencegahan penyakit Myopia dapat dilakukan sebagai berikut:
-Membaca jangan terlalu dekat (minimal sepanjang siku anda)
-Membacalah di ruangan yang cukup terang
-Jangan membaca sambil tiduran
-Hindari menonton TV/main play station terlalu dekat secara terus -menerus
-Hindari memakai komputer dengan monitor terlampau dekat. Sekali-sekali pandanglah ke tempat yang jauh.
-Bermainlah di luar rumah selama 2-3 jam setiap hari dan lihat obyek yang jauh
-Berolahragalah agar otot-otot anda termasuk mata jadi kuat
-Makanlah makanan yang bermanfaat bagi mata anda seperti vitamin A, Beta Karotin, dan sebagainya.


Rabun jauh(Myopic) -glaSSes vS contact LeNsS

SALAM semua..(^_^)
kali nie kite nk cerite kn psal kehidupan kite jugak,
sememangnya agak terkejutkn,
sbb xsangka y mata kita dh ada POWER y tinggi,
untuk RABUN JAUH(MYopic)...
soo..b4 mata anda sihat sejahtera,
jagalah mata baek2 oke,
jgan nyesal di kemudian hari,
hahahha..buat teruk lak kn,haha..

apa pendapat korang psal pkai glasses or C.L??
sbb rabun jauhnie,
doktor slalu sarankn untuk gna contax lens dlu kn,
bcuz power xkuat lagi,
rasa cm xsedia lagi nk memakai glasses!!!
 ape2 uwn,kita nk share kn psal2 rabun jauh nie,
juga penjagaan mata,
n cara nk mencegah masalah Rabun jauh nie(^,~)





RABUN JAUH N PENYELESAiANNYA



Myopia berasal dari bahasa Yunani yang artinya “Pandangan Dekat” (“nearsightedness”). Ini karena kerusakan mata yang menghasilkan fokus pandangan di depan retina.
Penderita Myopia bisa melihat benda dari jarak dekat dengan jelas. Namun pada jarak jauh benda tampak kabur sehingga membuat kepala menjadi pusing. Jika anak anda merasa pusing ketika melihat tulisan di papan tulis di ruangan kelasnya dan pandangannya kabur, kemungkinan dia menderita Myopia.
Para profesional perawatan mata, umumnya mengatasi masalah Myopia dengan penggunaan lensa (corrective lenses) seperti kacamata atau lensa kontak (contact lenses). Bisa juga diatasi dengan operasi refraktif seperti LASIK. Lensa koreksi memiliki ukuran kekuatan (power) negatif atau bisa disebut lensa minus untuk mengatasi mata myopia.

Myopia terbagi dalam 3 tingkatan:
*Myopia Rendah dengan dioptre mendekati 0 – -3.00
*Myopia Sedang dengan dioptre -3.00 – -6.00
*Myopia Tinggi dengan Dioptre -6 hingga ke bawah (-10).
Diperkirakan penderita Myopia antara 800 juta hingga 2,3 milyar (ini karena jarang ada yang merasa menderita Myopia). Di negara-negara seperti Cina, India, dan Malaysia, 41% dari orang dewasa menderita Myopia hingga -1.00.
Terlampau sering membaca, apalagi dengan jarak yang terlalu dekat hingga cahaya yang terlalu gelap dapat menyebabkan anak menderita myopia. Begitu pula berbagai pekerjaan yang mengharuskan melihat benda dari jarak dekat seperti menjahit. Sebaliknya bermain atau olah raga di luar selama 2-3 jam dengan paparan sinar matahari (idealnya pagi) bisa mengurangi kemungkinan penyakit Myopia.