CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

misszmylea on Lyst

hePPiey NEw Year 2012



HeppIEY NEW YEAR 2012 SeMUA!!!

berikut merupakn Azam tahun baru 2012 kitee:))
heeeeeeee...
*sentiasa berdoa n dekatkn diri dgan ALLAH:)
*nk jadi ank y solehah n baek kpd ke2 ibubpa
*nk study rajen2 n dpat pointer baek2.
*nk jadi kekasih y baek:)
*nk jadi kawan y xlupa kwan n sentiasa bantu kwan:)
*nk bli camera nikon DSLR y model terbaru tue.
*nk blajar maen guitar dgan baek n bli own guitar sendiri.
*nk diet:) hehe
*nk bli ipad or galaxy tab latest la,.,
*nk keta swift or lancer,abh bli or xpuwn viva puwn oke:) heee
*nk bunga ros betul,klu ada owg bagi besnya...
*nk projek festival y ak handle tue brjaya.
*nk gi jalan2 mkan angin kt langkawi ke port dickson ker or kt        pulau perhentian puwn oke jer.
*xnak mlas study sangat.
*nk kurangkan tido(^_^).
*nk jogging teap2 petang.
*nk bersukan n penting nk jdi atlit,.,fuyoo:)
*n y paling penting sekarang,nk jadi blog nie CANTIK:)) heee

smoga apa y diazam nie,termakbul yer..n hope tahun 2012 nie jadi tahun y mengukir kenangan terindah bagi kite smua :)


my bufday 2012:)




thankz sangat untuk spe y sudi2 singgat kt blogg syer,actually mmg xpandai sngat sal blog2 nie,sbb tue blog syer xbrape  menarik kn.. hehe btw for my bufday ari nie rsa nk tulih jugak2 kt post nie nk gtaw,nie besday y ke 19:) mseh muda k. heppiey sgat,celebrate ngan rumaate ngan kwan2 n sbenarnya xsangka y diaowg akan y suprise party untuk kita.engatkn xde smbutan apa2 untk kita,langsung xsangka taw, hope umo kite panjang n dimurah rezeki.mcm mna puwn nk ucap tima kseh kpada parent y lahirkn kita,kekasih y sentiasa ada disamping kita,kwan2 y sanggup brsusah payah jdi actress y terbaek.hehe hope dgn apa y terjadi dpat jdi kenangan teridah dlam hidup kita. rsa cm xsangka kn,dh "19" i feel i so young lg taw" uurrrmm..hehe, dh xley perasan muda sgat dh kn,.,tp still "teen2 lgi kn:)) untuk smua kite ucapkan Heepi New year YeaR" ye!! hehe
nie lagu untuk diri sendiri!! hehehehe..


"lagu hari jadi untuk diri sendiri"


Hepiey besday to me,
hepiey besday to me,
hepiey besday to me,
hepiey besday to mylia",
hepiey besday to me!!!!

heepiey besday yar mylea!! hehe

5 trick untuk mengurangkan berat badan

topic menarik untuk gurlz y nk slim2 body tue kn(^_^) cuba try aplikasi dalam kehidupan,mungkin ia mujarab.amin!

  • Menghidu makanan- Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak.
  • Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda- Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.
  • Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru- Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperi oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.
    Tangkap gambar makanan yang anda ambil- Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.
    Ikat seutas benang pada bahagian perut- Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.


5 tarikan utama wanita di mata lelaki

Ramai wanita yang menyangkakan bahawa mereka perlu cantik seperti model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki. Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang seperti mereka fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita dan bukannya hanya berbentuk fizikal 100%. Mengikut suara majoriti lelaki, tarikan utama yang menarik pandangan mata mereka adalah..
(1) Berambut panjang- Suara majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ia mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu,rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.
(2) Memakai kasut tumit tinggi- Mata lelaki amat gemar untuk melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Ia berkemungkinan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih seksi.
(3) Berpakaian tradisional- Seperti yang anda semua tahu, pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya telah berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.
(4) Bermekap- Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tetapi, sekiranya mekap yang dikenakan keterlaluan atau tidak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah mereka.
(5) Bertudung- Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.

8 rahsia mengenai wanita dan perhubungan

Kajiselidik ini telah dilakukana oleh Askmen.com terhadap 13,000 orang wanita dan keputusannya akan dinyatakan sebentar lagi. Wanita sememangnya merupakan makhluk paling kompleks yang sukar untuk difahami. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran, anda pasti akan berjaya untuk memahami mereka. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, fakta mengenai wanita dan perhubungan adalah..
(1) Keluar bersama (dating)- 33% orang wanita mengharapkan lelaki membayar untuk kesemua kos apabila mereka meluangkan masa bersama. Tetapi peratus wanita yang lebih memahami adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 38% menyatakan bahawa mereka berasa lebih adil sekiranya ia dikongsi samarata iaitu 50-50.
(2) Facebook- 38% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya teman lelaki/suami mereka berkawan dengan bekas kekasih di facebook, 27% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah walaupun teman lelaki/suami mereka bertemu dengan bekas kekasih, dan 34% menyatakan mereka tidak suka walaupun sedikit perhubungan.
(3) Cinta jarak jauh- 31% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah untuk perhubungan jarak jauh. Tetapi 56% orang wanita pula menyatakan bahawa mereka tidak sukakan perhubungan jarak jauh dan lebih suka untuk meluangkan masa bersama pasangan.
(4) Pendapatan- 12% wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya pendapatan lelaki adalah lebih sedikit, tetapi 47% wanita menyatakan mereka tidak sukakan situasi ini. Mereka lebih selesa untuk memilih lelaki yang setanding atau mempunyai lebih banyak wang dari mereka.
(5) Masalah mengenai lelaki- 11% orang wanita menyatakan bahawa mereka terpaksa menghadapi masalah lelaki yang pemalas dan tidak bercita-cita tinggi.
(6) Kecurangan- 44% wanita menyatakan bahawa mereka akan memberi peluang kepada pasangan yang telah melakukan kecurangan dibelakang mereka, dan 17% pula menyatakan bahawa mereka tidak akan memberi peluang sekali lagi.
(7) Anak- 63% wanita mengambil berat mengenai jumlah anak, kebanyakan lebih selesa untuk memiliki kurang daripada 5 orang, manakala 21% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah dengan jumlah anak.
(8) Seksualiti- 18% menyatakan bahawa mereka telah menyembunyikan ketidakpuasan seks terhadap suami mereka, tetapi 63% menyatakan bahawa mereka suka berbincang mengenai kepuasan seks bersama suami.

7 fakta menarik mengenai perhubungan


Sememangnya adalah lumrah kehidupan sebagai manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Dan disebalik perhubungan antara kedua jantina tersebut mempunyai beberapa fakta menarik yang mungkin kami boleh kongsikan bersama:))
(1) Kebanyakan lelaki atau wanita lebih gemar untuk memilih pasangan yang tidak mempunyai latar belakang yang sama tetapi masih boleh berkongsi minat yang sama.
(2) Walau bagaimana baik sekalipun sesuatu hubungan tersebut, 70% daripada masalah didalam hubungan pasti tidak akan diselesaikan. Pasangan akan terus diselubungi permasalahan yang berulang-ulang. Pada peringkat ini, komunikasi antara pasangan adalah amat penting.
(3) Perhubungan sebagai kekasih adalah 30% lebih mudah terputus berbanding perhubungan sebagai rakan.
(4) Lebih daripada 90% pasangan yang sudah berkahwin bersetuju bahawa cinta pertama pasti tidak akan berhasil.
(5) Jangka masa hubungan tanpa ikatan perkahwinan biasanya hanya mampu bertahan sekitar setahun berbanding pasangan yang telah berkahwin dimana perhubungan mereka akan bertahan lebih lama.
(6) Risiko pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh untuk berpisah adalah 20% lebih tinggi berbanding pasangan yang menjalinkan hubungan jarak dekat.
(7) Apabila sesuatu hubungan telah terputus, masa yang diambil untuk lelaki mencari pasangan yang baru kebiasaannya lebih singkat berbanding wanita.

37 fakta menarik mengenai lelaki

hot story gurlzz perlu tahu tentang lelaki :))



  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
so..be aware yer dlam sikap:)) hehe


9 ciri lelaki idaman wanita

Antara ciri2 y boyz xtau gurlz suka!!:) 
Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukan seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia  yang kebanyakan lelaki tidak sedar.
Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.
cara dress_up - Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.
Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan parent mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.
Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? soalan yang selalu bermain di fikiran wanita.
Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa safety apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.
funky- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.
Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya  anda mengambil berat mengenai diri mereka.
dan y paling penting...
Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk be a leader. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.